Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka
berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang
berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga
Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti
yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang
pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung
pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah
kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir
enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas
Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan
mereka berdua kerana tidak rela memberi Hidayah sebagai menantunya jika
Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istimewanya.
TONTON