
Cinta Karan mengisahkan kisah cinta yang sangat unik di antara Zul
(Zul Ariffin) dengan Aida (Ayda Jebat). Keunikan pasangan ini ialah,
mereka saling kena-mengenakan (prank) di antara satu sama lain dari awal
perkenalan hinggalah mereka masing-masing berkahwin. Kemuncak kemarahan
Aida ialah selepas Zul menumpahkan makanan di atas kepalanya lalu
operasi membalas dendam bermula. Setiap kali Zul cuba untuk menyaikan
isi hatinya, setiap kali jugaklah dia dikenakan lagi oleh Aida. Ketika
Zul ingin menyampaikan hasrat hatinya pada Aida, muncul seorang lelaki
menjemput Aida dan ini membuatkan Zul kecewa kerana menyangka lelaki itu
teman istimewa Aida. Hasrat Zul tercapai juga apabila berjaya
menyampaikan yang dia sukakan Aida semasa bekerja sementara di Kedai
Senheng. Aida datang ke kedai Senheng bersama lelaki tersebut untuk
membeli barangan untuk persediaan perkahwinan. Semasa ditegur lelaki
tersebut, barulah Zul tahu yang mereka berdua adalah abang dan adik. Zul
mencari Aida dan menyampaikan isi hatinya. Apakah reaksi Aida…???
TONTON
| Episod 1 |
Episod 2 |
Episod 3 |
Episod 4 |
Episod 5 |
Episod 6 |
Episod 7 |
| Episod 8 |
Episod 9 |
Episod 10 |
Episod 11 |
Episod 12 |
Episod 13 |
Episod 14 |
| Episod 15 |
Episod 16 |
Episod 17 |
Episod 18 |
Episod 19 |
Episod 20 |
Episod 21 |
| Episod 22 |
Episod 23 |
Episod 24 |
Episod 25 |
Episod 26 |
Episod 27 |
Episod 28 |
| Episod 29 |
Episod 30 |